PERMOHONAN BAGI LESEN INDUSTRI BERASAS KAYU DAN SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN INDUSTRI BERASAS KAYU DI JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR (JPNS)
Permohonan ini meliputi bagi permohonan berikut :
- Permohonan Lesen Industri Berasas Kayu
- Permohonan bagi Memindah Tapak Kilang Industri Berasas Kayu
- Permohonan bagi Menambah / Menukar Mesin; Menyusun Semula Mesin dan Menambah/ Membesarkan Bangunan Industri Berasas Kayu
Antara dokumen yang diperlukan adalah seperti berikut :-
- Empat (4) salinan Borang Proforma Permohonan Industri Berasas Kayu (IBK)
- Salinan Pendaftaran Syarikat (SSM) - Empat (4) salinan
- Bagi Syarikat Sendirian Berhad atau Berhad, hendaklah bersekali dengan :-
- Form 49 : Return Giving In Register Of Directors, Managers & Secretaries, and changes of Particulars- Empat (4) salinan
- Form 24 : Return of Allocation of Shares- Empat (4) salinan
- Hak Milik Tanah/Salinan Geran Tanah : - Empat (4) salinan
- Jika tanah sewaan bersekali dengan Perjanjian sewaan (Tenancy Agreement – TA)- Empat (4) salinan
- Empat (4) Salinan perenggu pelan yang bersaiz A1 adalah seperti berikut :
- Pelan Petunjuk Kilang (Mill Key Plan) (skala 1 : 10 000)
- Pelan Tapak Bangunan (Building Site Plan) (skala 1 : 1 000)
- Pelan Reka Bentuk Bangunan (Building Plan) (skala 1 : 100)
- Pelan Pertapakan Jentera (mesin) (Machine Layout Plan) (skala 1 :100)
- Ulasan daripada Jabatan Alam Sekitar (JAS), Majlis Daerah dan Pejabat Tanah Daerah. (Diuruskan sendiri oleh pemohon)
- Premis Industri Berasas Kayu (IBK) mestilah berada dalam status tanah INDUSTRI/PERUSAHAAN. (Permohonan Baru sahaja)
- Senarai jentera (mesin) yang dinyatakan dalam Borang Proforma mestilah sama dalam premis IBK dan sama kedudukan dalam Pelan Pertapakan Jentera (mesin).
- Borang Proforma boleh didapati daripada Seksyen Perindustrian dan Pengusahasilan Hutan dan semua dokumen permohonan yang telah lengkap disediakan hendaklah dihantar sendiri oleh pengusaha IBK mengikut daerah seperti berikut :
Pejabat Hutan Daerah Pantai Klang
Tingkat 2, Bangunan Pejabat-Pejabat Kerajaan, Jalan Kota, 41000 Klang, Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon : 03-33716326
Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah
VG-03, You Vista, Jalan Persiaran You City, 43200 Cheras, Selangor Darul Ehsan.
No Telefon : 03-90816054
Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor
Kompleks Kerajaan Rawang Perdana, Jalan RP 4/1, Rawang Perdana, 48000 Rawang, Selangor Darul Ehsan.
No. Telefon : 03-60916131
- Permohonan yang telah lengkap akan dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kilang Bahan Kayu Negeri Selangor. Mesyuarat ini akan bersidang empat (4) kali setahun yang akan dipengerusikan oleh Pengarah Perhutanan Negeri. Mesyuarat ini bertujuan untuk meluluskan semua permohonan Industri Berasas Kayu Negeri Selangor.
- Selepas kelulusan daripada Mesyuarat Jawatankuasa Kilang Bahan Kayu Negeri Selangor, permohonan ini juga akan bentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kilang Bahan Kayu Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia untuk kelulusan teknikal.
JENIS INDUSTRI BERASAS KAYU MENURUT JADUAL ENAKMEN INDUSTRI BERASAS KAYU
- Kilang Papan
- Kilang Papan Bergerak
- Kilang Venir
- Kilang Papan Lapis
- Loji Tanur Pengering
- Loji Pengawetan
- Kilang Perabot
- Kilang Kayu Kumai
- Kilang Kerja Kayu
- Kilang Lantai Parket
- Kilang Kotak Kayu, Pak dan Pallet
- Loji Komponen-komponen Bangunan Siap Dulu
- Kilang Papan Blok/Kilang Bilah/Kilang Papan Berlapis
- Kilang Papan Serpih/Kilang Papan Serpai
- Kilang Papan Gentian
- Kilang Tatal Kayu/Kilang Papan Simen Kayu
- Kilang Papan Wafer/Kilang Papan Flake
- Kilang Pulpa Dan Kertas
- Loji Cebis Kayu
- Loji Tepung Kayu
- Tanur Arang
- Loji Kayu Beriket
- Kilang Mancis
- Loji Penyulingan Kayu
- Loji Hidrolisis Kayu
- Kilang Pulpa Rayon
- Kilang buluh
- Kilang rotan
PERMOHONAN BAGI LESEN INDUSTRI BERASAS KAYU (LESEN KHAS) DAN SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN BAGI PERMOHONAN LESEN KHAS
INDUSTRI BERASAS KAYU DI JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR (JPNS)
- JPNS mengambil inisiatif untuk memberi peluang kepada pengusaha IBK bagi menjalankan operasi IBK dengan secara sah. Untuk makluman, JPNS telah mengangkat kertas ringkasan MMKN berkenaan sambungan lesen sementara bagi pengusaha IBK ke peringkat Pihak Berkuasa Negeri pada 2019. MMKN ke 6 / 2019 yang telah diadakan pada 27 Februari 2019 telah bersetuju agar Kilang-kilang Industri Berasas Kayu yang telah diberikan lesen sementara sehingga 31 Disember 2018 seperti keputusan MTN dilanjutkan tempohnya selama satu (1) tahun sahaja dan sambungan lesen sementara ini telah tamat pada 31 Disember 2019.
- Bagi memastikan pengusaha IBK terus dapat beroperasi dengan berlesen, JPNS sekali lagi telah menyediakan kertas ringkasan MMKN bagi sambungan lesen sementara dan MMKN ke 30 / 2021 yang telah diadakan pada 8 September 2021 telah bersetuju;
- Bersetuju dengan cadangan pengeluara suatu lesen bersyarat (Lesen Khas) diguna pakai bagi menggantikan lesen sementara kepada kilang IBK yang masih beroperasi tanpa lesen yang sah seperti di Lampiran I Kertas Ringkasan MMKN;
- Bersetuju dengan kadar fi dan bayaran yang berkaitan bagi IBK yang diberikan lesen khas ini dikenakan bayaran lima (5) kali ganda daripada kadar semasa berdasarkan Kaedah-kaedah Industri Berasas Kayu (KKIBK) Negeri Selangor;
- Bersetuju agar bayaran fi lesen tunggakan bagi tahun 2020 dan 2021 perlu dijelaskan oleh 86 pemegang lesen IBK yang telah diberikan sementara sebelum ini;
- Bersetuju dengan tempoh lesen khas ini adalah tiga (3) tahun sahaja bermula pada tahun 2022 sehingga 2025 dan boleh diperbaharui dari tahun ke tahun sekiranya perlu;
- Bersetuju agar pihak pekilang IBK hendaklah berpindah atau menukar status tanah kepada tanah perindustrian dalam tempoh tiga (3) tahun bermula pada Tarikh kelulusan lesen khas IBK dikuatkuasakan. Kegagalan pihak pekilang melaksanakan kedua-dua perkara dalam tempoh tersebut boleh dikenakan tindakan penguatkuasaan seperti pembatalan lesen IBK / pemberhentian operasi IBK atau premis kilang akan dirobohkan;
- Bersetuju agar kelulusan ini akan digunapakai untuk mana-mana IBK yang telah diberikan lesen sementara sebelum ini dan juga mana-mana IBK baru yang dikesan dalam tempoh semasa;
Antara dokumen yang diperlukan semasa membuat permohonan lesen khas adalah seperti berikut :-
- Salinan Surat Sewaan
- Salinan Borang 49 dan 24
- Salinan Sijil Pendaftaran Syarikat
- Salinan Hakmilik Tanah/Geran - Jika tanah sewaan bersekali dengan Perjanjian sewaan (Tenancy Agreement – TA
- Salinan Kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan
- Cop Syarikat
Sebarang urusan permohonan Lesen Khas ini boleh berurusan dengan Seksyen Perindustrian dan Pengusahasilan Hutan dengan datang terus ke Pejabat Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Tingkat 3 Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40660 Shah Alam untuk membuat permohonan ini dan bawa bersama dokumen yang diperlukan untuk permohonan ini.
Sumber rujukan
Manual Perhutanan Jilid II Bab 15
Enakmen Industri Berasas Kayu 1985 (Pindaan 2010)
Kaedah-Kaedah Industri Berasas Kayu 1990 (Pindaan 2015)