PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI
- Semua permohonan maklumat daripada Pihak Berkepentingan di Negeri dan Persekutuan akan dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima kecuali bagi maklumat-maklumat yang belum diperolehi oleh Jabatan.
- Semua permohonan untuk mengeluarkan hasil hutan dan permit penggunaan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh kelulusan diberi setelah semua syarat-syarat kelulusan dipatuhi.
- Kelulusan permohonan untuk menjalankan kilang berasakan kayu akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mengikut prosedur yang telah ditetapkan.
- Lesen untuk menjalankan kilang berasaskan kayu akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh kelulusan diberi atau dari tarikh siap kilang dibina dan memenuhi semua syarat kelulusan.
- Keputusan mengenai permohonan melanjutkan/memperbaharui tempoh lesen mengeluarkan hasil hutan atau lessen menjalankan kilang berasa kayu akan diberi dalam tempoh tidak melebihi tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima setelah semua syarat-syarat dipatuhi.
- Mengemukakan akuan penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan memberi maklum balas awal dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja.


