SOALAN LAZIM JPNS
Bagaimana untuk mendapatkan maklumat tentang hutan bakau?
Jawapan : Maklumat berkaitan hutan bakau boleh diperolehi di http://bakau.forestry.gov.my
Bagaimana untuk mendapatkan maklumat mengenai Hutan Lipur yang terdapat di Negeri Selangor?
Jawapan : Maklumat berkaitan Hutan Lipur boleh didapati di Seksyen Hutan Lipur, Eko Park dan Taman Negeri dan berhubung terus dengan Penolong Pengarah Hutan Lipur En. Ahmad Feisal Syahrum bin Baharuddinr, email :
Bagaimana untuk melaporkan Kes Kebakaran Hutan di Negeri Selangor?
Jawapan : Kes Kebakaran Hutan boleh dilaporkan di Seksyen Ladang Hutan & Inovasi, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor di talian 03-6156 4758.
Bagaimana untuk memasuki sebutharga kerja-kerja pembangunan hutan di Jabatan Perhutanan Negeri Selangor?
Jawapan : Semua Kontraktor yang ingin memasuki sebut harga kerja-kerja Pembangunan Hutan perlu mematuhi Syarat-syarat berikut:
Kontraktor perlu berdaftar dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB), Kementerian Kewangan Malaysia (KKM), Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Selangor dan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) Setelah berdaftar, dimestikan mengikuti taklimat sebutharga atau lawatan tapak
Sekiranya terdapat pembalakan haram di sekitar kami, siapakan yang kami patut hubungi?
Jawapan : Jika terdapat kes pembalakan Haram anda boleh hubungi Unit Penguat Kuasa, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia di talian bebas tol 1-800-88-5776.
Apakah dasar privasi Portal? Adakah penggunaan atau akses saya diawasi dan direkodkan?
Jawapan : Segala akses dan penggunaan anda ke atas Laman Web Rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor tidak akan direkodkan. Untuk maklumat lanjut, sila layari Dasar Privasi dan Dasar Keselamatan di bahagian kaki setiap halaman laman web ini.
Apakah prosedur yang perlu dipatuhi sebelum memasuki Hutan Simpanan Kekal (HSK) di negeri Selangor?
Jawapan : Permohonan permit memasuki HSK mestilah diperoleh sebelum aktiviti memasuki hutan tersebut dilakukan. Sila kenalpasti daerah HSK tersebut dan hubungi Pegawai Hutan Daerah berkaitan bagi tujuan permohonan permit. Setiap permit dikenakan bayaran RM5 per individu. Sila layari di sini untuk mengetahui alamat dan nombor telefon Pejabat Hutan Daerah.
Bagaimanakah cara untuk saya menghubungi Portal Jabatan Perhutanan Selangor?
Jawapan : Anda boleh hubungi melalui Webmaster Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, Seksyen Teknologi Maklumat, Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, 40660 Shah Alam, Selangor, Malaysia
Tel : +603-55447507
Faks : +603-55119961
Emel :


