Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) merupakan agensi yang bertanggungjawab mentadbir, mengurus dan membangunkan sumber hutan di negeri Selangor. JPNS komited untuk memenuhi keperluan standard MS ISO 9001:2015 “Pengurusan Pengeluaran Kayu Secara Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpan Kekal”.
Dasar Kualiti JPSM adalah untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam “Pengurusan Pengeluaran Kayu Secara Berkekalan Bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpan Kekal” supaya dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa, kaedah dan peraturan-peraturan untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Pelaksanaan MS ISO 9001:2015 di JPNS melibatkan melibatkan Ibu Pejabat Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan lapan (8) Jabatan Perhutanan Negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Selangor dan Terengganu.
Sebanyak tiga (3) Dokumen Kualiti telah disediakan iaitu:
- Manual Kualiti;
- Prosedur Kualiti (Proses)
- Prosedur Kualiti (Sokongan)
Proses utama Sistem Pengurusan Kualiti JPNS dilaksanakan mengikut turutan berikut:
- Penetapan dan Pemantauan Catuan Tebangan Tahunan;
- Penandaan dan Pengesahan Sempadan Kawasan Kerja;
- Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) dan Penentuan Had Batas Tebangan;
- Penandaan Pokok;
- Pengusahasilan Hutan;
- Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) dan Penentuan Jenis Rawatan Silvikultur; dan
- Rawatan Silvikultur Memotong Akar Pepanjat (CL) dan Tanaman Mengaya.
- Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015.
Sistem Pengurusan Kualiti
Proses Utama :
Proses utama dalam Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 bagi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor ialah Pengurusan Pengeluaran Kayu Secara Berkekalan bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpanan Kekal.
Skop pelaksanaan :
(Menyediakan Perkhidmatan Pentadbiran, Perancangan Catuan Tebangan Tahunan, Aktiviti Pentadbiran dan Pemantauan)
Prosedur Pelaksanaan Sistem Pengurusan Kualiti
Bagi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor, hanya melibatkan 2 prosedur kualiti sahaja yang dilaksanakan daripada 15 Prosedur Kualiti (Proses) dan 8 prosedur kualiti yang dilaksanakan bagi Prosedur Kualiti (Sokongan)
Prosedur Kualiti (Proses) adalah seperti berikut:-
Bil |
Nama Prosedur Kualiti |
No. Rujukan Prosedur Kualiti |
Status |
1. |
Penetapan dan Pemantauan Catuan Tebangan Tahunan |
PK(P)-HUTAN-01-CTT |
Dilaksanakan |
2. |
Penandaan dan Pengesahan Sempadan Kawasan Kerja |
PK(P)-HUTAN-02-SEMPADAN |
Tidak Dilaksanakan |
3. |
Inventori Huan Sebelum Tebangan (Pre-F) secara Jabatan dan Penentuan Had Batas Tebangan |
PK(P)-HUTAN-03-PREF(J) |
Tidak Dilaksanakan |
4. |
Inventori Hutan Sebelum Tebangan (Pre-F) secara Kontrak dan Penentuan Had Batas Tebangan |
PK(P)-HUTAN-04-PREF(K) |
Tidak Dilaksanakan |
5. |
Penandaan Pokok secara Jabatan |
PK(P)-HUTAN-05-TANDA POKOK (J) |
Tidak Dilaksanakan |
6. |
Penandaan Pokok secara Kontrak |
PK(P)-HUTAN-06-TANDA POKOK(K) |
Tidak Dilaksanakan |
7. |
Pengeluaran Dokumen-dokumen Pengusahasilan Hutan |
PK(P)-HUTAN-07-USAHASIL.DOK |
Tidak Dilaksanakan |
8. |
Pemantauan dan Pengawalan Pengusahasilan Hutan |
PK(P)-HUTAN-08-USAHASIL.KAWAL |
Tidak Dilaksanakan |
9. |
Penyediaan Laporan Penutup Pengusahasilan Hutan |
PK(P)-HUTAN-09-USAHASIL.TUTUP |
Tidak Dilaksanakan |
10. |
Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) secara Jabatan dan Penentuan Jenis Rawatan Silvikultur |
PK(P)-HUTAN-10-POSTF (J) |
Tidak Dilaksanakan |
11. |
Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) secara Kontrak dan Penentuan Jenis Rawatan Silvikultur |
PK(P)-HUTAN-11-POSTF (K) |
Tidak Dilaksanakan
|
12. |
Memotong Akar/Pepanjat (CL) secara Jabatan |
PK(P)-HUTAN-12-CL (J) |
Tidak Dilaksanakan |
13. |
Memotong Akar/Pepanjat (CL) secara Kontrak |
PK(P)-HUTAN-13-CL (K) |
Tidak Dilaksanakan |
14. |
Tanaman Mengaya secara Jabatan |
PK(P)-HUTAN-14-TANAM (J) |
Tidak Dilaksanakan |
15. |
Tanaman Mengaya secara Kontrak |
PK(P)-HUTAN-15-TANAM (K) |
Tidak Dilaksanakan |
Prosedur Kualiti (Sokongan) adalah seperti berikut:
Bil. |
Nama Prosedur Kualiti |
No. Rujukan Prosedur Kualiti |
Status |
1. |
Kawalan Dokumen |
PK(S)-HUTAN-01-DOKUMEN |
Dilaksanakan |
2. |
Kawalan Rekod Kualiti |
PK(S)-HUTAN-02-REKOD |
Dilaksanakan |
3. |
Kajian Semula Pengurusan |
PK(S)-HUTAN-03-KSP |
Dilaksanakan |
4. |
Pengurusan Latihan |
PK(S)-HUTAN-04-LATIH |
Dilaksanakan |
5. |
Pengendalian Aduan dan Maklum Balas Pelanggan |
PK(S)-HUTAN-05-ADUAN |
Dilaksanakan |
6. |
Audit Dalamn |
PK(S)-HUTAN-06-AUDIT |
Dilaksanakan |
7. |
Kawalan Ke atas Produk dan Penyampaian Perkhidmatan yang Tidak Memenuhi Keperluan yang Ditetapkan |
PK(S)-HUTAN-07-KAWAL |
Dilaksanakan |
8. |
Tindakan Pembetulan dan Pencegahan |
PK(S)-HUTAN-08-CEGAH |
Dilaksanakan |