increase fontreset decrease   bahasa soalanlazim hubungikami aduan splwpk-sitemap rssnew bantuan  

Perutusan Pengarah

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Tuan/puan para pengunjung laman rasmi Jabatan Perhutanan Negeri Selangor yang dihormati.

Selamat melayari laman web kami yang menyediakan maklumat lengkap secara rasmi profil perkhidmatan yang disediakan JPNS kepada pelanggan berkaitan pengurusan dan pentadbiran dalam sektor perhutanan di Negeri Selangor dengan mematuhi dasar dan undang-undang yang ditetapkan. Tugas dan tanggungjawab tersebut juga mestilah mematuhi dasar yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Negeri dari masa ke semasa.

Untuk makluman, JPNS bertanggungjawab dalam memelihara dan memulihara hutan secara berkekalan. Di antara tugas yang dilaksanakan adalah seperti mengurus, mentadbir dan merancang kawasan hutan terutamanya Hutan Simpanan Kekal [HSK] dengan mempertingkatkan dan mengekalkan jumlah HSK yang ada di Negeri Selangor, memproses permohonan lesen industri berasas kayu, mengurus dan mempromosikan kawasan rekreasi/hutan lipur , mempertingkatkan aktiviti penguatkuasaan hutan ke atas membanteras kegiatan pembalakan haram serta memberikan kesedaran kepada umum terhadap kepentingan hutan.

Segala peraturan dan perundangan yang dipatuhi adalah berlandaskan Dasar Perhutanan Negara 1978 [Pindaan 1992] dan Akta Perhutanan Negara 1984. Saya berharap laman web ini mampu berperanan sebagai sumber maklumat yang lengkap dan boleh difahami oleh pengunjung laman web. Maklumat ini diharapkan boleh membantu dan mengetahui struktur pentadbiran JPNS dan memahami dasar dan perundangan perhutanan yang sedang berkuat kuasa.

Saya mengalu-alukan sebarang cadangan, aduan dan maklum balas yang dapat membantu memperbaiki perkhidmatan JPNS. Akhir kata saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pegawai dan kakitangan JPNS yang amat komited dengan tugas dan tanggungjawab dalam merealisasikan misi dan wawasan jabatan sebagai satu agensi terunggul dalam menguruskan dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengoptimumkan sumbangannya kepada pembangunan sosio-ekonomi Negeri dan Negara.

Sekian, terima kasih. Wassalam.

TUAN AZHAR BIN AHMAD
Pengarah Perhutanan Negeri Selangor