increase fontreset decrease   bahasa soalanlazim hubungikami aduan splwpk-sitemap rssnew bantuan  

Strategi Jabatan

Dasar strategi jangka panjang Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) adalah berpandukan kepada Dasar Perhutanan Malaysia 2021 yang telah diterima pakai oleh kerajaan negeri. Secara amnya dasar ini adalah menjurus ke arah menjamin kestabilan alam sekitar serta memastikan pembangunan negeri dapat dilaksanakan secara lestari.

JPNS kini lebih mengutamakan kepada pemeliharaan dan pemuliharaan sumber hutan negeri yang merangkumi aspek perkhidmatan hutan bukan kayu seperti bekalan air mentah, kemudahan rekreasi, perlindungan tanah serta pemeliharaan flora dan fauna.

Pendekatan ini berbeza dengan masa dahulu di mana sumber hutan adalah merupakan hasil utama negeri. Sebagai sebuah agensi yang bertanggungjawab dalam mengurus, membangun, memelihara serta mentadbir khazanah hutan negeri. JPNS telah menyusun strategi-strategi seperti berikut:-

 

  • Mengekalkan Hutan Simpanan Kekal sedia ada dan meningkatkan keluasannya.
  • Mengurus kawasan hutan pengeluaran, pemuliharaan dan perlindungan hutan berdasarkan kelas kegunaannya.
  • Melaksanakan Rancangan Pengurusan Hutan secara intensif dan sistematik serta mewujudkan komunikasi dan teknologi maklumat (ICT) perhutanan yang terkini untuk meningkatkan sumbangan sektor perhutanan kepada pembangunan sosio-ekonomi negeri.
  • Melaksanakan Kriteria, Petunjuk, Aktiviti dan Piawaian Pelaksanaan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (MC & I) dan MS ISO 9001.
  • Menguatkuasakan undang-undang hutan secara cekap dan berkesan melalui pemantauan, risikan dan pendakwaan.
  • Menyediakan pelan induk serta memajukan Taman Negeri Selangor dan hutan lipur di samping mempromosikannya sebagai destinasi pelancongan.
  • Meningkatkan teknologi mesra alam dalam pengusahasilan serta penggunaan sisa-sisa hutan dan kilang selain mengalakkan pemprosesan hiliran keluaran hutan.
  • Menggalakkan serta menyokong program hutan tani dan aktiviti perhutanan bandar.
  • Melaksanakan program pembangunan sumber manusia.
  • Mengadakan kemudahan infrastruktur yang mencukupi.