Jabatan Perhutanan Negeri Selangor berfungsi sebagai sebuah jabatan yang bertanggungjawab untuk mengurus dan memberi nasihat kepada Pihak Berkuasa Negeri di dalam hal ehwal pentadbiran dan pengurusan hutan seperti berikut:
- Mentadbir dan mengurus sumber hutan negeri berkonsepkan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan supaya dapat memberi faedah sosial, ekonomi dan alam sekitar kepada rakyat.
- Bertindak sebagai agensi pelaksana dasar-dasar serta penguatkuasaan undang- undang dan peraturan-peraturan perhutanan.
- Bertindak sebagai agensi yang melaksanakan usaha-usaha pembangunan, pemulihan dan penghutanan semula melalui amalan silvikultur yang sempurna untuk pengeluaran hasil hutan yang optimum dan berkekalan.