WAWASAN
Menjadi Agensi Terunggul Dalam Pengurusan Hutan Tropika Secara Berkekalan
MISI
Untuk Mengurus Dan Membangunkan Sumber Hutan Secara Berkekalan Serta Mengoptimumkan Sumbangannya Kepada Pembangunan Sosio-Ekonomi Negari Dan Negara
OBJEKTIF
- Untuk mewujudkan dan mengurus kawasan HSK yang cukup sebagai Hutan Pengeluaran bagi pelbagai pengeluaran produk dan perkhidmatan hutan di samping untuk pengeluaran kayu-kayan di bawah amalan Pengurusan Hutan Secara Berkekalan (PHSB);
- Untuk mewujudkan dan mengurus kawasan HSK yang sesuai sebagai Hutan Perlindungan, Hutan Perlidungan Kepelbagaian Biologi, Hutan Lipur atau “Forest-ecological Park”, Hutan Tadahan Air dan kawasan HSK yang sesuai bagi kestabilan alam sekitar terutamanya pencegahan banjir, hakisan tanah, tanah runtuh dan hakisan pantai;
- Untuk melaksanakan pelbagai aktiviti perhutanan yang mencakupi aspek-aspek pengurusan, pembangunan, pemuliharaan dan penghutanan semula khazanah hutan ke arah mengekalkan tahap tinggi produktivitinya;
- Untuk melaksanakan operasi pengusahasilan hutan dan penggunaan pelbagai produk hutan secara optimum bagi tujuan meningkatkan sumbangan sector perhutanan negara;
- Untuk memantau serta menyelaras dengan lebih cekap lagi operasi pengusahasilan hutan di kawasan luar dari HSK seimbang dengan amalan penggunaan tanah secara lestari serta mengoptimumkan faedah-faedah dari pembukaan kawasan hutan untuk pembangunan;
- Untuk memastikan pelbagai pengeluaran produk dan perkhidmatan hutan berupaya menjadi sumber penjanaan pendapatan baru sektor perhutanan kepada hasil pendapatan negeri;
- Untuk melaksanakan projek perladangan hutan dengan penglibatan pihak swasta di bawah Dasar Penswastaan Malaysia serta menyediakan bahan mentah bagi keperluan industri pemprosesan serta peluang pekerjaan bagi keperluan penduduk setempat;
- Untuk menggalakan penglibatan sepenuhnya masyarakat setempat serta pinggiran HSK dalam melaksanakan pelbagai komitmen dan agenda pembangunan sektor perhutanan bagi memenuhai keprluan generasi masa kini dan hadapan;
- Untuk menguatkuasakan undang-undang dengan berkesan, termasuk pendakwaan di mahkamah, bagi menangani isu pembalakan haram, penerokaan haram dan industri haram; dan
- Untuk mengurus hutan, mengawal pengusahasilan dan mentadbir penghasilan produk mengikut Standard Antarabangsa bagi menyokong perdagangan mapan produk kayu-kayan.