increase fontreset decrease   bahasa soalanlazim hubungikami aduan splwpk-sitemap rssnew bantuan  

Keselamatan dan Kesihatan Pekerja

Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994, berdasarkan konsep ‘self-regulation’ meletakkan tanggungjawab keselamatan dan kesihatan pekerjaan ke atas pencetus risiko tersebut dan ke atas pekerja yang menghadapi risiko tersebut.  Mengambilkira bahaya yang dihadapi oleh pekerja-pekerja hutan dalam kerja-kerja pembalakan, maka garispanduan yang jelas dan tegas hendaklah disediakan dan dipatuhi. Terdapat dua set garispanduan yang diterbitkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia yang releven dengan aktiviti perhutanan terutama dalam pengusahasilan hutan Asli dan pembangunan Ladang Hutan iaitu:

  • Garispanduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam Bidang Perhutanan (Guidelines on Occupational Health and Safety in Logging Operations) dan,
  • Garispanduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan dalam Bidang Pertanian (Guidelines on Occupational Safety and Health in Agriculture).

Selain daripada garispanduan tersebut, Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang diwakili oleh kedua-dua pihak pekerja dan majikan hendaklah dibentuk untuk melaksanakan program keselamatan dan kesihatan pekerjaan secara berkesan.

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan adalah diwajibkan bagi majikan yang mempunyai lebih daripada 40 orang pekerja.  JPNS hendaklah menyemak dan memantau syarikat-syarikat pembalakan bagi memastikan kontraktor pembalakan mematuhi dan melaksanakan garispanduan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam operasi pembalakan masing-masing. Perkara ini telah diambil perhatian dan dikenalpasti sebagai satu ketidakakuran oleh SIRIM QAS International Sdn. Bhd. semasa penilai-penilai tersebut membuat penilaian keatas FMU Selangor.