increase fontreset decrease   bahasa soalanlazim hubungikami aduan splwpk-sitemap rssnew bantuan  

GALERI

Program Penghijauan Malaysia Kempen Penanaman 100juta Pokok Bersama Pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam

PROGRAM PENGHIJAUAN MALAYSIA KEMPEN PENANAMAN 100 JUTA POKOK BERSAMA PELAJAR UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA (UITM), SHAH ALAM. 

Tarikh        : 24 Jun 2024 (Selasa)
Tempat        : Taman Botani Negara Shah Alam, Selangor 

Satu Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok telah diadakan bersama pelajar-pelajar dari Jurusan Pengurusan Taman dan Ameniti, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Program ini merupakan salah satu aktiviti yang diadakan Sempena Sambutan Hari Hutan Antarabangsa Peringkat Kebangsaan Tahun 2025. 

Seramai 60 orang peserta termasuk pensyarah telah terlibat dalam bersama-sama menjayakan program ini dengan menanam sebanyak 300 pokok yang terdiri daripada 100 anak pokok hutan (Meranti rambai daun, Meranti temak nipis, 200 pokok nadir (Rambutan, Kasai, Tampoi, Asam jawa, Kundang, Durian dan Kandis)