increase fontreset decrease   bahasa soalanlazim hubungikami aduan splwpk-sitemap rssnew bantuan  

Piagam Pelanggan

PIAGAM PELANGGAN JABATAN PERHUTANAN NEGERI

 

  1. Semua permohonan maklumat daripada Pihak Berkepentingan di Negeri dan Persekutuan akan dikemukakan dalam tempoh empat belas (14) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima kecuali bagi maklumat-maklumat yang belum diperolehi oleh Jabatan.

 

  1. Semua permohonan untuk mengeluarkan hasil hutan dan permit penggunaan akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh kelulusan diberi setelah semua syarat-syarat kelulusan dipatuhi.

 

  1. Kelulusan permohonan untuk menjalankan kilang berasakan kayu akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh kelulusan Pihak Berkuasa Negeri (PBN) mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

 

  1. Lesen untuk menjalankan kilang berasaskan kayu akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi tiga (3) bulan dari tarikh kelulusan diberi atau dari tarikh siap kilang dibina dan memenuhi semua syarat kelulusan.

 

  1. Keputusan mengenai permohonan melanjutkan/memperbaharui tempoh lesen mengeluarkan hasil hutan atau lessen menjalankan kilang berasa kayu akan diberi dalam tempoh tidak melebihi tiga puluh (30) hari bekerja dari tarikh permohonan diterima setelah semua syarat-syarat dipatuhi.

 

  1. Mengemukakan akuan penerimaan aduan kepada pengadu dalam tempoh satu (1) hari bekerja dan memberi maklum balas awal dalam tempoh lima belas (15) hari bekerja.