MOBILE APPS / GAMMA
|
Projek kolaborasi dengan aplikasi bayaran digital seperti Boost telah memulakan pengenalan Trend Cashless Society di premis perniagaan dan bazar di beberapa kawasan Pihak Berkuasa Tempatan Selangor | |
|
Sistem ini bertujuan memudahkan orang ramai membuat pembayaran parkir dan kompaun menerusi satu akaun, satu aplikasi atas talian seragam dan berintegrasi menerusi telefon pintar merentasi pelbagai Pihak Berkuasa Tempatan. Ia juga sebagai satu kaedah penambahbaikan dan pemudahcara kepada Jabatan Penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan melaksanakan |
PIAGAM PELANGGAN
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
Semua permohonan untuk mengeluarkan hasil-hasil hutan atau menjalankan kilang berasas kayu akan diproses mengikut prosedur yang
telah ditetapkan.
Lesen untuk mengeluarkan hasil hutan akan dikeluarkan dalam tempo tidak melebihi enam (6) bulan dari tarikh kelulusan diberi setelah semua syarat-syarat kelulusan dipatuhi.
Lesen untuk menjalankan kilang berasas kayu akan dikeluarkan dalam tempoh tidak melebihi satu (1) bulan dari tarikh siap kilang dibina setelah memenuhi semua syarat kelulusan.
Keputusan mengenai permohonan melaniutkan tempoh lesen mengeluarkan hasil hutan atau lesen menjalankan kilang berasas kayu akan diberi dalam tempoh tidak melebihi satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima.
Menghargai maklumat serta maklumbalas yang diterima dari orang awam. Semua aduan kesalahan hutan akan diambil tindakan dalam masa tidak melebihi tiga (3) hari.
Memberi perkhidmatan yang sebaik mungkin serta layanan yang mesra setiap masa.
DASAR KUALITI
Jabatan Perhutanan Neger Selangor
Jabatan Perhutanan Neger Selangor adalah komited untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan berkesan dalam Pengurusan Pengeluaran Kayu Bulat secara Berkekalan bagi Hutan Darat Asli di Hutan Simpanan Kekal supaya dapat dilaksanakan mengikut tempoh masa, kaedah dan peraturan-peraturan untuk memenuhi kehendak pelanggan.
Jabatan Perhutan Negeri Selangor percaya perkara ini dapat dicapai melalui penerapan budaya keria yang memenuhi keperluan MS iso 9001:2015 pada semua peringkat kakitangan dalam perlaksanaan sistem pengurusan kualiti vang berkesan yang komitmen yang
tinggi dari pengurusan atasan hingga ke peringkat bawah.
Jabatan Perhutan Neger Selangor akan mengenal pasti dari semasa ke semasa kelemahan-kelemahan dalam organisasi dan mengambil langkah-langkah penambahbaikan dengan penglibatan semua tenaga kerja untuk menambah baik secara berterusan Sistem Pengurusan Kualiti Jabatan Perhutan Negeri Selangor.
Semua ketua bahagian/unit akan memantau dan mengkaji prestasi sebenar pelaksanaan objektif-objektif kualiti yang telah ditetapkan di bawah bidang tugas serta tanggungjawab masing-masing dan mengambil tindakan segera apabila prestasi pelaksanaan tidak mencapai objektif-objektif yang telah ditetapkan.
Dasar kualiti akan disemak dar semasa ke semasa agar ianya sentiasa sesuai.
Dasar kualiti dihebahkan untuk difahami oleh semua anggota organisasi