







22 Nov 2025 (sabtu) Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS), Taman Botani Negara Shah Alam (TBNSA) dan PUSPANITA NIOSH telah mengadakan Program CEPA di Hutan Simpan Bukit Cerakah, Shah Alam, Selangor yang dihadiri seramai 100 orang peserta.
Sebanyak 500 pokok Merawan Siput Jantan dan 3 pokok Macang (VIP) telah berjaya ditanam. Selain itu, Pasukan Memanjat JPNS juga telah mengadakan pameran peralatan serta demonstrasi memanjat dan kutipan biji benih pokok Kapur yg kebetulan sdg berbuah .
Pengarah Eksekutif NIOSH YBhg. Dato' Haji Ayop bin Salleh serta isteri YBhg. Datin Hajah Cumilah @Jamilah binti Haji Khatis Pengerusi PUSPNITA NIOSH sangat teruja melihat kebolehan ahli Pasukan Memanjat JPNS yang terdiri daripada kakitangan lelaki dan wanita mempunyai keberanian dan bakat memanjat yang luar biasa. Memandangkan tugasan memanjat tersebut sangat berisiko, beliau mencadangkan agar JPNS dan JPSM mengadakan perbincangan lanjut dengan pihak NIOSH utk berkolaborasi mengadakan latihan serta kaedah bersesuaian memberikan perlindungan insurans kpd ahli pasukan memanjat. Khidmat nasihat yang diberikan sangat dihargai dan akan diambil tindakan sewajarnya untuk penambahbaikkan Pasukan Memanjat JPNS dan JPSM amnya.
Terima kasih kpd semua yg terlibat secara langsung atau tidak langsung dlm menjayakan program CEPA kali ini. Semoga jalinan kerjasama ini dapat diteruskan dan dieratkan dari masa ke semasa.
Oleh:
RAMLEE BIN AHMAD
(Pegawai Penyelaras Pasukan Memanjat JPNS)
Seksyen Silvikultur & Perlindungan Hutan
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor











