increase fontreset decrease   bahasa soalanlazim hubungikami aduan splwpk-sitemap rssnew bantuan  

KEMUDAHAN BAHARU, PERKHIDMATAN DIPERTINGKAT - MEMASTIKAN PENGURUSAN HUTAN YANG CEKAP, EFISIEN DAN BERINTERGRITI

Perasmian Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah

7 April 2026 (Selasa)

SUNGAI BULOH: Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia, YBhg. Dato’ Haji Zahari bin Ibrahim telah merasmikan Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah semasa Majlis Perjumpaan Khas Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia bersama warga Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) di Dewan Lumu, Kompleks Perhutanan Sungai Buloh. 

Ketibaan beliau telah disambut oleh Pengarah Perhutanan Negeri Selangor, Tuan Azhar bin Ahmad, bersama barisan pengurusan tertinggi jabatan iaitu Encik Amsari bin Mahmud (Timbalan Pengarah Pembangunan Hutan), Encik Mohd Nor Firdaus bin Rahim (Timbalan Pengarah Operasi Hutan) serta Encik Mohd Hadre bin Mohamad (Pegawai Hutan Daerah Selangor Tengah), diiringi pegawai-pegawai kanan jabatan JPNS.
Bangunan pejabat baharu ini, yang turut merangkumi 10 unit kuarters kakitangan, dibina di atas tanah seluas 4.266 ekar sebagai pengganti kepada pejabat lama di Batu 9, Cheras yang terlibat dalam pembangunan Projek Lebuhraya SUKE (Sungai Besi–Ulu Klang Elevated Expressway). Pembinaan ini mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kelangsungan operasi pengurusan hutan, khususnya di Daerah Hutan Selangor Tengah, tanpa menjejaskan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat.

Majlis perasmian disempurnakan melalui acara simbolik menandatangani plak perasmian oleh Ketua Pengarah Perhutanan Semenanjung Malaysia. Seterusnya, tetamu kehormat dibawa melawat sekitar bangunan bagi meninjau kemudahan serta fasiliti yang disediakan.

Majlis diakhiri dengan sesi bergambar dan penyampaian cenderahati sebagai tanda kenang-kenangan. Diharapkan pembinaan bangunan pejabat baharu ini akan terus memperkukuh dan mempertingkatkan tadbir urus,  pengurusan hutan yang cekap, efisien dan berintergriti di Daerah Hutan Selangor Tengah demi kesejahteraan alam sekitar untuk generasi akan datang.