PROGRAM PENANAMAN POKOK SEMPENA LAWATAN TEKNIKAL VIETNAM FARMERS' UNION (VNFU) KE HUTAN SIMPAN KUALA LANGAT UTARA
Khamis; 20 November 2025 - Satu Program Penanaman Pokok telah diadakan sempena lawatan teknikal oleh delegasi dari Vietnam Farmers' Union (VNFU) ke Hutan Simpan Kuala Langat Utara. Delegasi ini telah diketuai oleh Mr. Nguyen Xuan Dinh, Naib Pengerusi Vietnam Farmers’ Union (VNFU).
Turut hadir adalah En. Amsari bin Mahmud (Timbalan Pengarah Pembangunan, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor), En. Mohd Nor Firdaus bin Rahim (Timbalan Pembangunan Operasi, Jabatan Perhutanan Negeri Selangor) dan En. Jamal Shuhaily bin Shahar (Bahagian Pengurusan Hutan, Ibu Pejabat Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia).
Seramai 23 orang ahli delegasi telah terlibat dalam program ini dan menanam sebanyak 50 anak pokok yang terdiri daripada 6 anak pokok ramin melawis, 15 anak pokok kelat paya dan 29 anak pokok inggir burung.
Selain aktiviti penanaman pokok, satu taklimat berkaitan pengurusan hutan paya gambut di Negeri Selangor telah diberikan kepada delegasi yang hadir. Delegasi juga berpeluang untuk menaiki menara tinjau yang terdapat di lokasi ini yang mana ianya digunakan untuk memantau kawasan hutan paya gambut ini.









