PROGRAM: Jom Bersih Sungai Pisang
GOMBAK: Jumaat, 19 September 2025 - Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) melalui Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah dengan kerjasama Syarikat Schlumberger Business Support Sdn Bhd telah mengadakan Program Konservasi Denai Trekking Air Terjun Sungai Pisang.
Program ini melibatkan penyertaan 41 orang daripada syarikat dan 20 warga JPNS telah menjalankan aktiviti konservasi Denai trekking iaitu kutipan sampah bukan organik sebagai langkah memelihara dan memulihara kawasan pelancongan tersebut.
Tujuan penganjuran program ini ialah untuk memupuk kesedaran awam berkaitan kepentingan pemeliharaan alam sekitar terutamanya dalam aspek kebersihan agar keindahan alam semulajadi ni dapat dikekalkan untuk masyarakat akan datang.
Sebagai makluman, Denai trekking Air Terjun Sungai Pisang telah ditutup sementara kepada orang awam untuk program konservasi.
Sumber :
Pejabat Hutan Daerah
Selangor Tengah




