PROGRAM PENGHIJAUAN MALAYSIA : AKTIVITI PENANAMAN POKOK BAKAU DAN PEMBERSIHAN PANTAI DI PANTAI BAGAN NAKHODA OMAR(BNO)DIBAWAH PROGRAM JIWA MURNI BAGI MALAYSIAN POLYTECHNICS TERRITORIAL ARMY ANNUAL CAMP(MALPTAAC)
Pada tarikh 17 Julai 2025 -(Khamis) masa 8.00pagi hingga 1.00 petang telah diadakan satu Program penanaman pokok bakau dan pembersihan pantai Bagan Nakhoda Omar Jalan 1.Pantai BNO. Anak Bernam.
Seramai 120 orang pelajar politeknik seluruh Malaysia terlibat dalam program penanaman ini serta 30 orang pegawai dan kakitangan Majlis Daerah Sabak Bernam yg terlibat serta dibantu 7 orang kakitangan dari pejabat Renj Hutan Kuala Selangor dan Subrenj hutan sabak bernam telah terlibat dalam menjayakan program ni.
Turut hadir menjayakan program adalah YBrs. Tuan Awaluddin b Zakaria YDP MDSB. Pengarah Politeknik Sg.Lang Puan Haslina Bt. Zaidi.
Sebanyak 300 pokok bakau kurap dan bakau minyak telah di tanam di kawasan tanah kerajaan di pantai Bagan Nakhoda Omar Sabak Bernam.Penanaman pokok ini bertujuan menjalankan kerjasama dengan pelajar politeknik dalam aktiviti pemulihan kawasan hutan paya laut di pantai BNO berkenaan.
Selain itu, turut diadakan juga aktiviti pembersihan pantai di Pantai Bagan Nakhoda Omar
Program ini juga dapat memupuk semangat memelihara alam sekitar disamping menyokong Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 11 Juta Pokok bagi Negeri Selangor.
Pejabat Renj Hutan Kuala Selangor dan Subrenj Hutan Sabak Bernam.








