increase fontreset decrease   bahasa soalanlazim hubungikami aduan splwpk-sitemap rssnew bantuan  

Program Penghijauan Malaysia : Trees For Tomorrow

PROGRAM PENGHIJAUAN MALAYSIA : TREES FOR TOMORROW 

Khamis; 24 Julai 2025 - Program Penghijauan Malaysia: Trees For Tomorrow telah diadakan di Kompt 10, HS Ulu Gombak dengan kerjasama Malaysia Rail Link (MRL) dan CCC (ECRL) Sdn. Bhd.

Seramai 120 orang kakitangan MRL dan CCC (ECRL) Sdn. Bhd. bersama pegawai dan kakitangan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor telah terlibat dalam menjayakan program ni.

Turut hadir menjayakan program adalah YBrs. Tuan Azhar bin Ahmad, Pengarah Perhutanan Negeri Selangor dan Datuk Seri Darwis bin Abdul Razak, Ketua Pegawai Eksekutif MRL.

Sebanyak 150  pokok hutan seperti spesies Merbau, Balau, Chengal, Merawan Kanching, Meranti Temak Nipis dan Meranti Rambai Daun telah di tanam di kawasan bekas ceroboh lama. Penanaman pokok ini bertujuan menjalankan kerjasama dengan badan korporat dalam aktiviti  pemulihan kawasan hutan berkenaan.

Selain itu, turut diadakan demonstrasi pasukan pemanjat JPNS dan  jungle trekking ke Air Terjun Sungai Pisang.

Program ini juga dapat memupuk semangat memelihara alam sekitar disamping menyokong Program Penghijauan Malaysia, Kempen Penanaman 100 Juta Pokok

Pejabat Hutan Daerah Selangor Tengah.

 

sungai pisang 2sungai pisang 1

sungai pisang 3

sungai pisang 4

sungai pisang 5

sungai pisang 6

sungai pisang 7

sungai pisang 8

sungai pisang 9

sungai pisang 10

sungai pisang 11

sungai pisang 12