TERMA DAN SYARAT PENGGUNAAN SEFOREST


Sistem SEFOREST merupakan platform rasmi dalam talian yang disediakan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) bagi tujuan permohonan permit memasuki Hutan Simpanan Kekal dan aktiviti pendakian. Dengan mengakses dan menggunakan sistem ini, pengguna dianggap telah membaca, memahami, dan bersetuju untuk terikat dengan semua terma dan syarat berikut:

1. Definisi dan Skop Penggunaan

  • “Sistem” merujuk kepada SEFOREST yang diuruskan oleh Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.
  • “Pengguna” merujuk kepada individu atau organisasi yang mengakses dan menggunakan sistem ini bagi tujuan permohonan permit.
  • Penggunaan sistem ini adalah terhad kepada urusan rasmi berkaitan aktiviti yang dibenarkan oleh JPNS sahaja.

2. Kelayakan Pengguna

  • Pengguna mestilah warganegara Malaysia atau bukan warganegara yang memenuhi syarat permohonan sebagaimana yang ditetapkan oleh JPNS.
  • Semua maklumat yang dikemukakan hendaklah tepat, benar, dan terkini.

3. Tanggungjawab Pengguna

  • Pengguna wajib mematuhi semua peraturan, undang-undang, dan arahan yang ditetapkan oleh JPNS.
  • Sebarang pemalsuan maklumat, pelanggaran syarat permit, atau penyalahgunaan sistem adalah dilarang sama sekali.
  • Penambahan atau pertukaran peserta selepas permohonan dikemukakan adalah tidak dibenarkan.

4. Pembayaran dan Bayaran Balik

  • Semua bayaran hendaklah dibuat melalui saluran rasmi pembayaran yang disediakan dalam sistem.
  • Lebihan pembayaran atau transaksi yang telah berjaya tidak akan dipulangkan.
  • JPNS tidak bertanggungjawab terhadap kegagalan transaksi yang berpunca daripada pihak bank atau rangkaian internet pengguna.

5. Keselamatan dan Privasi

  • Semua maklumat peribadi yang dikemukakan melalui sistem ini akan dilindungi mengikut dasar privasi JPNS dan hanya digunakan untuk tujuan rasmi.
  • Pengguna bertanggungjawab memastikan kerahsiaan ID pengguna dan kata laluan masing-masing.

6. Penafian Tanggungjawab

  • JPNS tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian, kerosakan, kecederaan, atau kemalangan yang berlaku semasa aktiviti dijalankan walaupun permit telah diluluskan.
  • Segala risiko adalah tanggungjawab individu atau kumpulan yang menjalankan aktiviti.

7. Pindaan Terma dan Syarat

  • JPNS berhak untuk meminda, menambah atau mengubah mana-mana bahagian dalam Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis terdahulu.

8. Bidang Kuasa Undang-Undang

  • Terma dan Syarat ini tertakluk kepada undang-undang Malaysia dan Enakmen Perhutanan Negeri Selangor yang berkuat kuasa.

SYARAT-SYARAT PERMIT MEMASUKI HUTAN SIMPANAN KEKAL

i. Pematuhan kepada Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1984

  • Tidak merosakkan apa-apa pokok atau tumbuhan tanpa kebenaran.
  • Tidak membakar atau membiarkan api menyala yang boleh menyebabkan kebakaran hutan.
  • Tidak menggali dan meninggalkan lubang yang boleh membahayakan hidupan liar.
  • Tidak meninggalkan sampah sarap di kawasan perkhemahan atau laluan pendakian.
  • Mematuhi garis panduan keselamatan dan kebersihan di kawasan Hutan Simpanan Kekal.
  • Mematuhi sebarang peraturan seperti yang termaktub di dalam Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1984 serta syarat tambahan yang ditetapkan oleh Kerajaan Negeri Selangor.

ii. Penafian Tanggungjawab

  • Jabatan Perhutanan Negeri Selangor tidak akan bertanggungjawab atas sebarang insiden, kerosakan harta benda, atau kecederaan yang mungkin berlaku semasa menjalankan aktiviti di dalam Hutan Simpanan Kekal. Segala risiko adalah sepenuhnya ditanggung oleh individu sepanjang keberadaan di kawasan tersebut.

SEFOREST TERMS AND CONDITIONS OF USE


The SEFOREST System is an official online platform provided by the Selangor State Forestry Department (JPNS) for the purpose of applying for permits to enter Permanent Reserved Forests and to conduct hiking activities. By accessing and using this system, users are deemed to have read, understood, and agreed to be bound by all the following terms and conditions:

1. Definitions and Scope of Use

  • “System” refers to SEFOREST, which is managed by the Selangor State Forestry Department.
  • “User” refers to an individual or organization that accesses and uses this system for permit application purposes.
  • Use of this system is limited solely to official matters related to activities permitted by JPNS.

2. User Eligibility

  • Users must be Malaysian citizens or non-citizens who meet the application requirements as prescribed by JPNS.
  • All information submitted must be accurate, true, and up to date.

3. User Responsibilities

  • Users must comply with all rules, laws, and directives issued by JPNS.
  • Any falsification of information, breach of permit conditions, or misuse of the system is strictly prohibited.
  • Addition or substitution of participants after submission of the application is not permitted.

4. Payment and Refunds

  • All payments must be made through the official payment channels provided in the system.
  • Overpayments or successfully completed transactions are non-refundable.
  • JPNS shall not be responsible for transaction failures caused by banks or the user’s internet network.

5. Security and Privacy

  • All personal information submitted through this system will be protected in accordance with the JPNS Privacy Policy and used solely for official purposes.
  • Users are responsible for maintaining the confidentiality of their user ID and password.

6. Disclaimer of Liability

  • JPNS shall not be liable for any loss, damage, injury, or accident that may occur during the conduct of activities, even if a permit has been approved.
  • All risks shall be borne entirely by the individual or group undertaking the activities.

7. Amendments to the Terms and Conditions

  • JPNS reserves the right to amend, add to, or modify any part of these Terms and Conditions at any time without prior notice.

8. Governing Law and Jurisdiction

  • These Terms and Conditions shall be governed by and construed in accordance with the laws of Malaysia and the applicable Selangor State Forestry Enactments.

TERMS AND CONDITIONS FOR PERMITS TO ENTER PERMANENT RESERVED FORESTS

i. Compliance with the National Forestry Act 1984 (Application) Enactment

  • Do not damage any trees or plants without prior approval.
  • Do not light or allow fires that may cause forest fires.
  • Do not dig or leave holes that may endanger wildlife.
  • Do not leave litter in camping areas or along hiking trails.
  • Comply with safety and cleanliness guidelines within Permanent Reserved Forest areas.
  • Comply with all regulations stipulated under the National Forestry Act 1984 (Application) Enactment and any additional conditions imposed by the Selangor State Government.

ii. Disclaimer of Liability

  • The Selangor State Forestry Department shall not be held responsible for any incidents, property damage, or injuries that may occur while carrying out activities within Permanent Reserved Forests. All risks shall be fully borne by individuals during their presence in such areas.