Pengenalan SEFOREST


SELANGOR FORESTRY EPERMIT SYSTEM atau SEFOREST adalah sebuah sistem elektronik yang dibuka kepada orang awam untuk membuat permohonan menjalankan aktiviti rekreasi dalam Hutan Simpanan Kekal (HSK) dan Taman Eko-Rimba (TER) di bawah pengurusan Jabatan Perhutanan Negeri Selangor.

PANDUAN KEPADA PENGGUNA
1.   
Pengguna (orang awam) perlu mendaftar sebagai pengguna terlebih dahulu sebelum menggunakan Sistem SEFOREST.
2.   
Permohonan mesti dibuat sekurang-kurangnya 3 hari sebelum tarikh aktiviti, kecuali pembelian tiket masuk TER.
3.   
Bagi setiap permohonan yang telah daftar, pemohon perlu membuat bayaran dalam tempoh sehingga jam 11.59 malam keesokan harinya.
4.   
Permohonan akan dibatalkan secara automatik jika tiada bayaran diterima dalam tempoh tersebut.
5.   
Pemohon masih terikat dengan peraturan dan undang-undang semasa yang ditetapkan di setiap lokasi ekopelancongan. Pemohon tidak dibenarkan:
i)    Membawa minuman keras.
ii)   Membawa haiwan peliharaan.
iii)  Melakukan perbuatan sumbang/khurafat/maksiat.
iv)  Membuat pembakaran terbuka.
v)   Memburu/memancing.
vi)  Melakukan lain-lain aktiviti yang dilarang oleh JPNS.
6.   
Sistem SEFOREST hanya digunakan untuk kawasan ekopelancongan berstatus Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Negeri Selangor. Bagi tempahan dan bayaran untuk kawasan ekopelancongan dalam HSK yang telah diswastakan, pengguna perlu merujuk kepada pengurus/operator swasta untuk keterangan lanjut.
7.   
Maklumat semua kawasan ekopelancongan dan kadar fi yang dikenakan ke atas setiap permohonan boleh dirujuk didalam sistem ini.
8.   
Permit Memasuki HSK yang dikeluarkan melalui sistem ini adalah terpakai dalam negeri Selangor sahaja. Sebarang aktiviti yang merentasi sempadan negeri Selangor perlu mendapat kelulusan permit dari Jabatan Perhutanan Negeri berkaitan.
9.   
Tiada pemulangan semula bayaran bagi sebarang permohonan yang telah diluluskan.
10.  
Pihak JPNS berhak membuat penutupan kawasan ekopelancongan tanpa sebarang notis awal.
............................................................................................
SEBARANG PERTANYAAN HUBUNGI:
Helpdesk Sistem SEFOREST
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
40660 Shah Alam,
Selangor, Malaysia
E-mel: webjpnselangor@forestry.gov.my
Telefon: +603-55447507
Faks: +603-55119961