A- A A+
UNDIAN JPNS
Bagaimana Pendapat Anda Tentang Laman Web Baru JPNS
EHELPDESK
STATISTIK
2543959
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Sepanjang Masa
130
1305
1435
2535195
27374
38493
2543959

IP Anda: 3.148.233.130
28-04-2025 02:14
COVID-19

PROGRAM LAWATAN TAPAK KE HUTAN SIMPAN RAJA MUSA SEMPENA PENGANJURAN GLOBAL ENVIRONMENT FACILITY CYCLE – 8 (GEF-8) NATIONAL DIALOGUE


Pada 10 Mei 2023, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NReCC) selaku Sekretariat Global Environment Facility (GEF) Operational Focal Point (GEF OFP) melalui Bahagian Pengurusan Biodiversiti dan Perhutanan, NRECC telah mengadakan lawatan tapak ke Pusat Kecemerlangan Hutan Paya Gambut (COE), Hutan Simpan Raja Musa sempena penganjuran Global Environment Facility Cycle-8 (GEF-8) National Dialogue yang berlangsung selama 2 hari iaitu pada 8-10 Mei 2023 di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur.

Program lawatan ini dianjurkan bersama oleh Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM), Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dan Projek Sustainable Management of Peatland Ecosystems in Malaysia (SMPEM) Negeri Selangor.

Program ini dimulakan dengan ucapan aluan daripada En. Azhar bin Ahmad, Pengarah Perhutanan Negeri Selangor seterusnya taklimat Pengurusan Hutan Paya Gambut Negeri Selangor oleh En. Amsari bin Mahmud, Timbalan Pengarah Perhutanan Bahagian Pembangunan Hutan dan taklimat Projek SMPEM oleh Dr. Ahmad Ainudin bin Nuridin selaku Pengurus Projek SMPEM. Turut hadir adalah En. Ahmad Farid bin Mohammed, Timbalan Setiausaha Bahagian Perubahan Iklim, NRECC.

Seramai 66 orang peserta telah hadir dan diberi pendedahan mengenai penggunaan dan fungsi pizometer, menara tinjau & demonstrasi kawalan kebakaran oleh BOMBA, dewan informasi serta denai intepretasi.

Selain itu, sebanyak 10 pokok spesies Kelat paya telah ditanam bagi menyokong Kempen Penanaman 26 juta pokok Negeri Selangor

 

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40660 Shah Alam, Selangor, Malaysia 
Tel: +603-55447507 | Faks: +603-55119961 | Hotline: 1-800-88-5776 Emel:webjpnselangor@forestry.gov.my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 1024

Go to top
There isn't any images, Please upload via modules management in admin section