A- A A+
UNDIAN JPNS
Bagaimana Pendapat Anda Tentang Laman Web Baru JPNS
EHELPDESK
STATISTIK
2543965
Hari Ini
Semalam
Minggu Ini
Minggu Lepas
Bulan Ini
Bulan Lepas
Sepanjang Masa
136
1305
1441
2535195
27380
38493
2543965

IP Anda: 13.59.236.184
28-04-2025 02:18
COVID-19

LAWATAN KERJA DELIGASI ASEAN KE JABATAN PERHUTANAN NEGERI SELANGOR

7-8 Februari 2023 – IPJPSM dan JPNS telah menerima lawatan kerja daripada deligasi daripada Negara ASEAN iaitu Malaysia, Brunei, Indonesia, Thailand dan Singapura sempena 1st Workshop “Sub Activity: Best Management Practices on Peatland Water Management in Malaysia” di bawah projek Sustainable Use of Peatland and Haze Mitigation in ASEAN (SUPA) yang dibiyai oleh Kerajaan Jerman (GIZ).

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Amsari bin Mahmud, Timbalan Pengarah Perhutanan (Pembangunan), JPNS bertempat di Pusat Kecemerlangan Hutan Paya Gambut (PKHPG), Hutan Simpan Raja Musa.

Pada hari pertama, delegasi ASEAN ini telah diperkenalkan dengan keunikan hutan paya gambut Negeri Selangor melalui pengalaman menyusuri denai intrepretasi yang terdapat disini. Selain daripada itu, mereka juga dibawa ke menara tinjau bagi melihat pandangan atas PKHPG yang digunakan untuk tujuan pemantauan aktiviti pencerobohan dan kejadian kebakaran hutan. Seterusnya mereka diberi taklimat di dewan informasi yang padat dengan maklumat pengenalan dan pengurusan hutan paya gambut negeri Selangor serta kemudiannya demonstrasi pengukuran paras air di bawah tanah dengan menggunakan piezometer. Akhir sekali diadakan aktiviti penanaman sebanyak 50 pokok spesies Kelat.

Pada hari kedua, Deligasi ASEAN ini dibawa ke Hutan Simpan Kuala Langat Selatan. Di sini mereka di beri pendedahan berkenaan kemudahan infrastruktur yang dibina untuk tujuan pencegahan dan kawalan kebakaran iaitu seperti kolam takungan, menara tinjau, check dam, tubewell dan juga piezometer. Agensi yang terlibat dalam menyampaikan taklimat ini adalah BOMBA, JMG dan juga JPS negeri Selangor. Program lawatan yang berlangsung selama 2 hari ini telah berakhir dengan jayanya.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor
Tingkat 3, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah 40660 Shah Alam, Selangor, Malaysia 
Tel: +603-55447507 | Faks: +603-55119961 | Hotline: 1-800-88-5776 Emel:webjpnselangor@forestry.gov.my
Hakcipta Terpelihara © 2016 Jabatan Perhutanan Negeri Selangor. Paparan terbaik dengan resolusi 1280 x 1024

Go to top
There isn't any images, Please upload via modules management in admin section