MAJLIS SAMBUTAN HARI HUTAN ANTARABANGSA (HHA) TAHUN 2023 PERINGKAT PEJABAT HUTAN DAERAH HULU SELANGOR DAN PROGRAM PENGHIJAUAN ALAM SEKITAR
Tarikh: 21 Mac 2023 (Selasa)
Tempat: Kompt. 35, Hutan Simpan Rantau Panjang & Tanah Rizab Jabatan (Kuarters Batu Arang)
Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor telah menganjurkan Majlis Sambutan Hari Hutan Antarabangsa (HHA) bertempat di Kompartmen 35, Hutan Simpan Rantau Panjang, Batu Arang. Pengisian majlis sambutan dilaksanakan dengan satu sesi perhimpunan dengan nyanyian lagu Negara Ku, lagu Negeri Selangor dan Warisan Hijau serta disusuli dengan amanat ringkas Pegawai Hutan Daerah. Majlis sambutan turut melibatkan Program Penghijauan Alam Sekitar dengan aktiviti penanaman sebanyak 300 pokok (150 pokok nadir dari spesies Kedondong - 25, Sentul - 25, Manggis - 25, Kerdas - 25, Tampoi - 25 dan Rambai - 25 serta 150 spesies Merbau - 50, Chengal - 25, Meranti Tembaga - 25 dan Damar Minyak - 50).
Aktiviti sambutan diteruskan dengan aktiviti gotong royong membersih dan menyelenggara tanah rizab jabatan yang juga merupakan Tapak Kuarters Batu Arang yang telah ditinggalkan. Seramai 60 orang terdiri daripada pegawai dan kakitangan PHDHS dari Pejabat Hutan Daerah, Pejabat Renj Hutan Rawang (Sub Renj Kanching, Batu Arang dan Bestari Jaya) dan Pejabat Renj Hutan Kuala Kubu Bharu (Sub Renj Kuala Kubu Bharu dan Ulu Bernam/Gedangsa) telah menyertai majlis ini.
Sumber: Pejabat Hutan Daerah Hulu Selangor
#26JutaPokokSelangor
#100JutaPokok
#HariHutanAntarabangsa
#HutandanKesihatan
#jpns